PENGENALAN SISTEM
Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Jabatan Perangkaan Malaysia dibangunkan untuk memudahkan pengguna di kalangan anggota Jabatan Perangkaan Malaysia membuat tempahan bilik mesyuarat secara atas talian. Sistem yang dibangunkan ini dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan maklumbalas dari pihak pentadbiran.
TATACARA PERMOHONAN
1. Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan aplikasi online sahaja.
2. Semua permohonan hendaklah dipohon selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh mesyuarat berlangsung.
3. Permohonan tempahan bilik mesyuarat akan disediakan atas dasar:-
- Keutamaan kepada YBhg. Ketua Perangakawan Malaysia
- Kekosongan
- Kepentingan tugas
- First come-first serve
4. Pembatalan tempahan bilik mesyuarat perlu dilakukan bagi permohonan yang telah diluluskan sekiranya berlaku perubahan
tarikh mesyuarat.
5. Urusetia mesyuarat perlu mematuhi Etika Penggunaan Bilik Mesyuarat yang telah ditetapkan.
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT
1. Telefon bimbit berada dalam keadaan 'silent mode' atau dipadamkan.
2. Sentiasa menjaga keselamatan, kebersihan dan ketertiban susunatur kerusi/meja kemudahan yang disediakan.
3. Peralatan seperti LCD projektor, papan putih dan PA sistem digunakan dengan baik.
4. Semua suis hendaklah dipadam selepas penggunaan bilik mesyuarat.
5. Semua dokumen dan kertas tidak ditinggalkan di atas meja.
6. Tidak dibenarkan mengubah dan membawa keluar peralatan/kemudahan yang terdapat dalam bilik mesyuarat.
7. Urusetia mesyuarat hendaklah memastikan bilik mesyuarat berada dalam keadaan tersusun dan bersih.
8. Penyediaan makanan di dalam bilik Mesyuarat Mawar hanya dibenarkan bagi makanan ringan (kuih/buah) sahaja. Bagi
penyediaan makanan berat, urusetia boleh menggunakan bilik Kenanga.
9. Urusetia mesyuarat bertanggungjawab untuk mengunci bilik mesyuarat selepas mesyuarat selesai dan mengembalikannya kepada
Unit Pentadbiran Am & Keurusetian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).
KERJASAMA DARIPADA PIHAK ANDA
AMATLAH DIHARGAI.