PENGENALAN SISTEM
Sistem Tempahan Kenderaan Jabatan Perangkaan Malaysia dibangunkan untuk memudahkan pengguna di kalangan anggota Jabatan Perangkaan Malaysia membuat tempahan kenderaan secara atas talian. Sistem yang dibangunkan ini dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan maklumbalas dari pihak pentadbiran.
PERMOHONAN/KELAYAKAN
1. Semua permohonan/tempahan untuk tujuan rasmi jabatan adalah diutamakan. Permohonan yang bukan rasmi (termasuk aktiviti kelab) perlu mendapat kelulusan Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).
2. Permohonan/tempahan kenderaan "Keluar Kawasan" perlu dilampirkan dengan surat jemputan/memo arahan/panggilan mesyuarat
3. Bagi pegawai yang berkursus atau dilantik sebagai penceramah kursus, tidak digalakkan memohon kenderaan jabatan terutama yang terlibat secara individu.
PROSEDUR PERMOHONAN
1. Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan aplikasi online sahaja.
2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 hari (kereta) dan 14 hari (Bas) sebelum tarikh penggunaan.
3. Jawapan kepada permohonan akan diberikan sehari sebelum tarikh penggunaan untuk tempahan kereta dan 7 hari sebelum untuk tempahan bas.
4. Sebarang pembatalan atau pindaan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pembantu Tadbir (KPT) atau Pembantu Tadbir (PT) unit pengurusan kenderaan dengan kadar segera.
5. Masa menunggu untuk pemandu-pemandu yang ditugaskan adalah 30 minit dari masa tempahan asal. Selepas masa tersebut tempahan dianggap batal.
ASAS PERTIMBANGAN
1. Perkara-perkara yang akan dipertimbangkan dalam proses kelulusan permohonan penggunaan kenderaan jabatan adalah seperti berikut :
i) Kekananan/ "Seniority"
ii) Prinsip mengikut keperluan
iii) Tidak mempunyai kenderaan
- Keutamaan turut diberikan kepada pemohon yang tidak mempunyai kenderaan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri (mengambil pinjaman kerajaan) permohonan masih boleh dipertimbangkan
sekiranya keadaan mengizinkan seperti tidak berlaku "kepadatan"tempahan, pemandu yang cukup dan tidak ada
masalah kerosakan teknikal kenderaan jabatan.
2. Perkara-perkara lain yang turut diambil kira termasuklah keadaan kesihatan kakitangan seperti mengandung atau kurang upaya,
kesukaran mendapat parkir di tempat yang dipohon dan urusetia majlis/kursus yang membawa peralatan dan keperluan lain.
KERJASAMA DARIPADA PIHAK ANDA AMATLAH DIHARGAI.